My Lovely Family

Love can touch us one time and last for a lifetime, and never let go till we’re gone

Monday, August 18, 2014

Raya 2014 - Cerita Kita 1

Dah nak hujung Syawal, Ibu baru nak update cerita hari raya kita 2014 ni.. :-)

Macam biasa, Ibu masak rendang ayam, daging, kuah kacang pada malam raya.. Ummi pulak ditugaskan masak nasi minyak di pagi raya..Sebab dalam rumah ni, Ummi & Ayah tak biasa makan nasi impit/ketupat pada pagi raya..mesti ada nasi..Pakngah pulak mengemas..Konon nak mengemas malam raya, tapi sampai pagi tido..mujur la sempat sebelum sembahyang raya tu mengemas.. Ayah tolong jugak sikit2..

Ayah pulak tak berapa sihat pagi raya tu, selsema..Hero2 bangun awal la jugak..Siap nak ikut Ayah gi sembahyang raya..Abang Niel je dibenarkan ikut sebab dah besar..So tugas Ibu menyiapkan hero2..Setelah berkungfu mandikan hero2, Adik pulak buat hal tak nak pakai baju melayu..Adik takutttt...baju patungg...Haishh..tak abis2 lagi baju patung Adik ni..Lama jugak la Ibu pujuk Adik nak suruh pakai..Mujur la termakan pujukan Ibu..huhuu...

Abang ok je..tapi tak nak pakai songkok la pulak..Adik ok, tak cabut pun songkok...Abang cakap... "Abang nak rambut aje..."

Ok, dalam banyak2 gambar kita Ibu pilih yang ok2 sikit letak dalam blog ni..hehee...

Nampak segak kan hero2 ni pakai songkok... (hero besar & kecik ye..)


Abang dah nak lari dah masa ni..Tak nak ambik gambar..Nak gi main..Tu Ayah paksa senyum...Adik macam biasa la, suka buat teleng kepala gitu..


Yang ni ok sikit kot..Walaupun rasa macam kelakar..hehee...

Ok la, gambar dengan Tuan rumah AKA Nenek mesti ada...

Abang Niel jadi peneman Nenek..Ni pun laju2 Pakngah ambik gambar sebab semuanya nak lari..huhuu...

Gambar Abah & Ummi entah macam mana leh terlupa sebab masing2 tengah busy melayan anak2..Pastu berkejar2 nak gi beraya sebelum kena serbu..Motif, nak gi kutip duit raya anak2..tah pape...hahaaa...

Budak tetik ni ok sangat...tak cabut pun songkok sampai Ibu yang cabutkan sebab nampak dah berpeluh sangat kepala tu..

Tapi style pakai senget gitu la..Ayah dah betulkan tapi dia betulkan semula..takpela dik...huhuu...

Lepas dah ambik2 gambar, bersedia gi serbu rumah orang pulak..heheee...

oppss...ada gambar Ibu & Adik..

 









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Precious Moment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers