My Lovely Family

Love can touch us one time and last for a lifetime, and never let go till we’re gone

Monday, October 16, 2017

Umrah Kami Sekeluarga...



Alhamdulillah..masih lagi diberi nafas oleh Yang Maha Esa..

Lama betul Ibu tak update blog..agak busy dengan urusan anak2 & kerja di pejabat..Cakap nak resign tapi tak resign2 lagi ni..hehee..

Permulaan entri kali ini..nak simpan kisah perjalanan Umrah kita sekelurga. Untuk tatapan kita nanti. Alhamdulillah, Allah izinkan kita jadi tetamu Nya..Bukan kita berempat saja yang gi..Tapi Nenek & Pakngah pun turut serta.. Alhamdulillah..Letak gambar kita berempat dulu..




Ya Allah..bila tengok gambar ni, rindu betul nak pergi lagi ke sini..tengok TV Al-Hijrah sebelum azan tu, terubat sikit rindu di hati...Insya Allah, Ibu buat entry dari mula prepare hingga kita kembali semula ke kampung..


Wednesday, May 31, 2017

My Special BFF.....

Bismillahirrahmanirrahim...



Dah lama Ibu tak update blog...nak kata busy sangat tidak la jugak...tapi banyak juga urusan yang perlu dibuat :-).. Untuk pembukaan semula blog ni, Ibu nak cerita perkembangan anak istimewa Ibu ni..

Sebenarnya since 4 tahun, kelakuan Adik agak lain dari orang lain..nak kata dia tak pandai bercakap, petah..amat petah..cuma dari segi cara bercakap tu lain..soalan yang di tanya pun lain dari yang lain..kadang2 tak terfikir pun..lepas tu berulang2..Adik juga agak aktif..Juga suka pandang senget gitu.. Adik juga minat pada vacum..5 biji vacum kat rumah rosak sebab Adik suka bukak, pastu tak ingat letak mana komponen tu..Adik juga suka pada tasbih...tapi Adik tak rosakkan barang2 lain..mengamuk (tantrum) tu memang ada...

Poksu pun macam rasa lain..sebab sepupu Moksu ada yang Autism tapi kelakuan agak ganjil lagi daripada Adik..Tumbesaran Adik normal je..Sepupu Moksu agak agresif & suka menyendiri..Acu Baie pun rasa Adik macam lain...Ibu pun kadang2 naik antu jugak bila Adik suka tanya soalan yang sama, cakap benda yang sama berulang2..kalau dari rumah Nenek ke rumah Tok tu, kadang2 Ibu naik tension pulak & marah Adik...huhuu...tapi bila dah tahu anak Ibu ni istimewa, insaf dah..Maafkan Ibu ye sayang...

Ok. mula2...Poksu try test deria rasa Adik dengan geletek kat tapak kaki (sebab orang cakap budak Autism ni ada yang tak ada deria rasa : contoh - geli)..Adik memang geli kalau orang geletek dia, terutama kat leher..Ibu pun google la pasal Autism ni..ada juga ciri2 Autism ada pada Adik..jadinya, Ayah & Ibu buat keputusan untuk rujuk Adik kepada pakar..So kitorang pilih MSC UIA (Medical Specialist Centre UIA) kat IM Kuantan. Ni pun melalui research sebab Cu kepada Moksu (Ibu kepada sepupu Moksu yang Autism tu) doktor di UIA. So dia rekemen Doc Nora (Phsyciatrist)..1st appointment adalah pada Mac 2016..tu pun setelah puas booking sebab Doc Nora ni busy sgt2...Tapi dia antara yang di rekemen la sebab Doc senior kot...

1st appointment, Adik macam biasa la..bila masuk je bilik Doc Nora dia jadi aktif..agaknya kaler merah kat bilik Doc Nora tu..pastu Adik ambil mainan ABC yang kayu tu & leraikan..Adik jadi macam "jakun" pulak..padahal kat rumah macam2 ada..Bila Doc panggil, Adik tak layan..bila banyak kali Doc panggil Adik tak layan, Doc pun temubual la Ibu & Ayah, tanya history family...

Doc tanya Adik ni lahir secara normal tak, cukup bulan tak, ada sejarah keluarga macam ni tak...& macam2 lagi la..Actually kelahiran Adik normal tapi masa kandungan Ibu 7-8 bulan, ada sedikit bleeding & perut Ibu ada contraction macam nak bersalin tapi Ibu tak rasa sakit..so Ibu dimasukkan ke wad HTAA seminggu..& kena cucuk matangkan paru2 baby 2 kali..sakit tau..tapi setelah seminggu tak jugak keluar..Pakar Doc Nurul cakap Ibu boleh discharge tapi kena hati2 sebab anytime boleh bersalin. tu je history kelahiran Adik.. Doc Nora cakap  maybe tu pun antara faktor Adik ni macam ni..

Doc Nora cakap kita tak boleh diagnos segera seseorang budak tu..tapi dari segi 1st impression, Doc Nora diagnos Adik ada ADHD & Overlapping Autism..Masa Doc cakap gitu rasa sedih sangat sebab selama ni Ibu selalu marah2 Adik. Tapi Doc Nora cakap Adik ni tak agresif sangat & masih boleh dikawal lagi..cuma tumpuan tu tak ada..maybe kena makan ubat..Bila Doc cakap makan ubat tu, Ibu tak berapa rasa sedap ati sebab pernah baca pasal Zarina Zainuddin (pelakon) yang anak kembar dia tu Autism Severe, rasa sendiri makan ubat..memang kesian..

So bermula la appointment Adik dengan OT (Occupational Therapist), Audiologist, Speech, Opthalmologist..Adik tak rabun..tapi pandangan senget tu adalah salah satu ciri Autism yang overlap dengan ADHD dia..Perjalanan masih jauh bak kata Bos Ayah (Tn Nik) sebab Tn Nik pun ada sorang anak Autism & Hyper..Tn Nik yang banyak bagi tunjuk ajar tentang anak istimewa ni..

Sekarang dah tahun ke2 Adik dengan UIA..Doc Nora cakap perkembangan Adik semakin positif..tak nampak sangat la hyper tapi ciri2 Autism tu ada..aktif tu ada tapi bukan yang tahap mencederakan diri sendiri & orang lain..Cuma Adik ni, jangan buat dia rasa sakit hati..& kena terangkan pada dia apa yang baik, apa yang buruk secara slow & tenang..jangan paksa dia..bab fokus tu belum lagi improve..masih lagi tak fokus & taknak fokus...

Adik di sekolah, menceriakan cikgu2 dia..semua cikgu ada panggilan dari Adik..Cikgu Putih, Cikgu Baik...macam2..Cikgu cakap kalau Adik tak datang, sunyi...Adik tak memanjat, tak berlari keluar..tapi Adik tak fokus pada apa yang Cikgu ajar..kalau bab mewarna Adik suka.. bab menghafal, Adik laju..tapi kalau tunjuk huruf, Adik buat tak tahu...pegang pensil, cantik..tapi ikut mood dia la...kalau dia nak buat, dia buat...tu yang Ibu kena buat pada Adik, bagi fokus dia tu..Ibu rasa Ibu memang perlu berhenti kerja..sebab Ibu rasa sikit je masa sehari yang Ibu boleh tumpu pada Adik..Sabtu pun Ibu kerja half day..tak boleh harapkan Doc 100%, tak boleh harapkan sekolah 100%..

Kadang2 penat balik kerja, letih melayan Adik tantrum...tanya banyak soalan (kalau tak jawab Adik akan pegang muka) buat Ibu tension.. tapi Ibu muhasabah diri sebab Adik istimewa..Ibu bersyukur sebab at least Adik boleh bercakap, panggil "Ibu"..aktif, boleh berjalan, makan sendiri..ada yang lain tu, bercakap pun tak jelas, tak aktif...macam Adik, sikit je sebenarnya..Doc pun cakap macam tu...sabar tu perlu...Orang lain kurang bernasib baik daripada kita...

Orang luar maybe ada yang tak faham..tapi tak apa..Ibu tetap sayang & bersyukur sangat2 kerana mempunyai Adik..juga Abang..kadang2 Abang tak faham juga Adik..tapi sekarang nampaknya Abang semakin faham walaupun Abang baru 7 tahun..Sesungguhnya semua anak2 Ibu adalah istimewa di hati Ibu...



Comel kan...Adik..u always be baby Ibu...Kalau cium Adik, mesti bau wangi walaupun Adik tak mandi lagi..bukan bau bedak atau bau perfume..tapi tu bau Adik..istimewanya Adik tau....Ibu sayang sangat2 kat Adik...muahhhh...Ayah & Abang pun sayang Adik sangat2...




Monday, May 29, 2017

Apa itu ADHD & Autism....

Bismillahirrahmanirrahim...


Sumber : Blog Psikologi Cikgu Asfan

SIMPTOM ADHD
Seperti yang diterangkan di atas, kanak-kanak yang mempunyai ADHD kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa (terlampau aktif, tidak tumpukan perhatian dsb) tetapi simptom mereka sebenarnya adalah lebih teruk daripada kanak-kanak biasa dan juga tanda-tanda yang dilihat mestilah melebihi daripada setengah tahun

Simptom kurang perhatian

  • Tumpuan senang terganggu
  • Mempunyai masalah untuk fokus terhadap sesuatu
  • Cepat berasa bosan apabila melakukan sesuatu selepas beberapa minit
  • Selalu kehilangan barang dan terlupa menghantar kerja rumah
  • Tidak memeberikan respons apabila bercakap
  • Mengalami masalah untuk memproses maklumat dengan pantas dan tepat
  • Mengalami masalah mengikuti arahan
Simptom hiperaktif
  • Tidak boleh diam semasa duduk
  • Bercakap dengan tanpa berhenti
  • Berlari-lari dan menyentuh semua benda yang boleh dicapai
  • Sentiasa bergerak
  • Tidak boleh duduk diam di meja makan
  • Tidak mampu untuk melakukan aktiviti dalam keadaan senyap
Simpton impulsif (perbuatan mengejut, tiba-tiba)
  • Sangat tidak sabar
  • Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, dan bertindak tanpa memikirkan akibatnya
  • Mempunyai masalah untuk menunggu giliran
  • Selalu memintas atau memotong percakapan atau aktiviti orang



Sumber : Blog ibu-ayah-comel.blogspot.my

AUTISMA / AUTISM

Autisma adalah sejenis Gangguan hyperaktif & Kurang Tumpuan yg merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan & keadaan hyperaktif, impulsiviti yang lebih kerap & teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan normal..

Antara Jenis-Jenis Autisma & Ciri-ciri yang berkaitan dengannya adalah :-
  1. Kekurangan Perhatian (INATTENTIVENESS)
  • Pesakit jenis ini gagal untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah.
  • Kanak-kanak ini mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar ataupun bermain.
  • Mereka juga sukar untuk memberi perhatian secara terus atau mendengar secara terus apabila bercakap secara lansung dan berhadapan.
  • Pesakit ini juga tidak dapat mengikuti arahan yang sepatutnya dengan tepat dan sewaktu sekolah, mereka gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Jika masalah ini berlanjutan kerana tidak dirawat, ia juga akan menjejaskan tugas dan kerja di tempat kerja.
  • Mereka mempunyai kesukaran untuk mengatur tugas sendiri dan melakukan aktiviti seharian sendiri juga.
  • Mereka akan mengelak dan tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara berterusan seperti kerja sekolah.
  • Masalah yang sering dihadapi di sekolah, sering kehilangan mainan, tugasan, pensil, buku atau alat-alat yang diperlukan untuk sesuatu kerja & aktiviti.
  • Mereka juga mudah terganggu & sering menjadi pelupa dalam aktiviti harian.
2. Hyperaktif
  •  Mereka lebih gemar bermain-main dengan tangan & kaki tanpa henti.
  • Sering meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya.
  • Mereka juga berjalan ataupun memanjat dalam situasi & keadaan yg tidak sesuai.
  • Mereka mengalami kesukaran untuk bermain secara 'senyap-senyap'.
  • Ciri yg paling utama adalah mereka sentiasa bergerak & bertindak seolah-olah "dipacu oleh motor" serta sering bercakap berlebihan.
3. Lampauja
  •  Mereka dikatakan sering memberi jawapan sebelum soalan selesai ditanya mungkin didorong perasaan ingin tahu yg berlebihan.
  • Berikutan itu mereka mengalami kesukaran untuk menunggu giliran.
  • Mereka juga sering menyampuk ataupun mengganggu orang lain.

Anak-anak autism ini adalah anak-anak istimewa yg perlu diberikan perhatian lebih lagi daripada kanak-kanak biasa untuk mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku. Setiap orang tidak kiralah normal atau tidak pasti memiliki kebolehan & keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan anak-anak Autism ini, mereka haruslah diberi peluang untuk mengenal pasti potensi dan kebolehan istimewa yg terdapat di dalam diri mereka. Kerana, ada kajian mendapati, otak kanak-kanak Autism lebih tajam daripada otak kanak-kanak biasa. Jadi, jangan sesekali di pinggirkan atau diketepikan hanya kerana kekurangan mereka yg sedikit itu. Sesungguhnya tempat mereka sudah pasti di Syurga. Tempat kita pula, belum tentu bagaimana.. :)



Terima kasih kepada kedua2 blog ini atas info yang berguna ini... - Ibu -




Wednesday, January 4, 2017

Abang Sudah Darjah Satu...

Bismillahirrahmanirrahim...


Yaaa...apa yang Ibu takutkan sudah tiba....heheee...bukan takut apa..rasa berdebar2 sebab Abang anak Ayah & Ibu yang 1st dah darjah satu...Bermakna Abang dah sekolah yang betul2 sekolah..ye la, dulu setakat sekolah pasti, boleh lagi la Ibu nak bagi "cuti" free kat anak2..Ni dah primary school, kena disiplin la...satu lagi means Ibu dah meningkat usia laaaa... :-)

Persiapan baju2 sekolah dah dibeli awal..tu pun banyak tanya kat Abah & kawan2 yang lain yang ada anak sekolah...tanya baju brand apa, bag macam mana...macam2 la...bekas pensil, kaler semua beli baru walaupun yang sekolah pasti elok lagi..Konon nak bagi anak semangat la...padahal Ibu yang semangat...

Abang sekolah di Sekolah Kebangsaan Pianggu..sekolah Ibu dulu...banyak dah la perbezaan dengan sekolah Ibu 29 tahun yang lepas...lame tu...dulu Nenek & Arwah Tokbah yang hantar Ibu..sekarang Ibu pulak hantar Abang..Masa ni Ayah hantar jugak tapi Ayah masuk ofis dulu...

Pagi2 kejut Abang 31.12.2016 (orientasi)...tapi datang awal sebab nak latih Abang...Abang macam terpinga2 jugak..ye la, dia yang sulung...tak ada rujukan la kira nye...Adik masa ni Ibu tak bagi ikut...sebab takut tak boleh handle Abang..Ibu confirm Abang nangis punye... (ikut Ayah ni..)

Sebelum ke sekolah...Sapu tangan tu ikut Ibu masa kecik... :-)


Control gigi takde kat depan tu...muke bahagia lagi mase ni..heheheee...


Tak ramai lagi Ibu Bapa masa ni..Nama Abang senang nak cari sebab bermula dengan huruf "A"

Muka dah start cuak..macam2 tanya Ibu mase ni..Ibu nak gi mane..Ibu teman Abang...Pastu cikgu buat pengumuman, murid2 kena beratur di luar.. Ibu bapa duduk dalam dewan...

Mula2 memang mata tu dah berair..tapi bila nampak wajah Ayah, terus tahan...Ibu pun sebak jugak tengok...heheee....dah macam mane..anak nangis, Ibu pun nak nangis...:-)


Tapi sempat lagi selfie hantar gambar kat Acu Baie...

Ni 2 pupu Ibu...Makngah Eda...Dia ni muda dari Ibu tapi kawin awal..Anak 1st dah darjah 4..yang 2nd sama umur dengan Abang...


Ni masa ambik buku teks...Ayah ambik gambar ni rasenye..Ibu setel buku tulis & lain2..ni separuh je buku..Ade lagi ye...

Tag nama tu sementara sebab name tag tak dapat lagi..Tali hijau untuk kelas 1 Gemilang...

Abang balik dengan Ibu...Muka ada happy sikit..ye la..balik awal..Isnin nati balik ikut jadual ye sayang...


1st Day School

Murid ramai..dalam 39 orang..mase ni agaknya cikgu tak susun betul lagi meja & kerusi..termenung...Ibu mintak dengan Bos lewat sikit masuk..nak tunggu waktu rehat Abang...Kalau ikut Ayah, tak payah tunggu..biar Abang berdikari..Tapi hati Ibu mana tahan...Alaaa...Ayah dulu camni jugak kan, lagi dashat...Abang Nor citer...heheee...


Dah start dah nangis sebab Ibu nak balik dulu untuk hantar Adik ke sekolah..nanti rehat Ibu datang, Ibu pesan kat Abang...Budak omel montel tu tengok je...heheee...

Tapi Abang mintak Ibu ikut masa pengumuman kena berkumpul dalam dewan..Kejap je Ibu jenguk, pastu Ibu lari..Intai dari jauh nampak Abang nangis, cikgu pujuk...heheee...

Rehat Ibu datang...Cikgu cakap kul 10.00 rehat...rupanya kul 930..Agaknya sebab Cikgu tak bagi Ibu Bapa tunggu..heheee..mujur Ibu sampai kul 940...

Berselera budak ontel sebelah Abang tu...Ibu ajar Abang beli kat kantin..tapi Abang tak berapa suka berebut2 beratur..So Abang mintak Ibu bekalkan dia...Sosej, Fries...tu je Abang nak..kadang2 kek span..Kalau time Abang rajin, ada la beli keropok...Tapi rasanye hampi tiap2 hari duit Abang tak luak..

Masuk kelas semula..duduk tempat lain pulak..muka ada sedikit happy..sebab Ibu datang kot...

Ibu mintak tolong Tokcu ambik balik tengahari..Ni Ibu tengah intai macam mana Abang dengan Tokcu..Alhamdulillah, semua OK...Sayang Tokcu...

Kepanasan pas balik sekolah...Macam2 cerita Abang..Suka Nenek dengar..heheee



Amy Azran






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Precious Moment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers