My Lovely Family

Love can touch us one time and last for a lifetime, and never let go till we’re gone

Tuesday, July 17, 2012

Abang Tak Nak Balik...


Hari Sabtu 14.07.2012 plan nak bawak Abang n Adik gi Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Ang Jalan Beserah..tapi klinik tu tutup..so tukar plan, gi Klinik Pakar Kanak-Kanak Yaw, kat Jalan Beserah jugak..Dua2 klinik tu ok cuma Ibu lebih suka ajak Ayah gi Klinik Dr Ang sebab Dr Ang ni mesra alam n friendly..cara die explain pun bes je dengar..

Dr Yaw pun mesra alam n friendly gak..tapi Ibu lagi suka Dr Ang..tapi kalau dari segi tempat, Klinik Yaw lagi bes untuk budak2 kecik..tempat bermain die luas..sampai Abang tak nak balik..hehe.. tapi masa jumpa Dr Yaw, suara Abang je yang dengar, menangis sampai tersedu2..padahal Dr tak buat pape pun..hehe..Abang memang dari dulu lagi macam fobia jumpa Dr..ayat Abang "..abih dah..abih dah.."..maksudnye "dah lah tu.."

Adik lak mase sampai klinik, tidur..Ibu dukung je Adik bawak masuk bilik Dr untuk cek..tapi Adik tak sedar pun..Adik ni kadang2 ok bile jumpa Dr, kadang2 nangis gak..hehe..Gi klinik ni sebabnya :

Abang :
  1. Batuk kahak
  2. Ada kudis kat kepala sebab melicit
  3. Ada macam benjol sebesar 10 sen kat belakang telinga kiri 
  4. Mata berkedip2 kadang2..
  5. Nak cek paru-paru
  6. Cek kesihatan keseluruhan
Adik :
  1. Bernafas agak kuat bila aktif
  2. Cek paru-paru
  3. Cek kesihatan keseluruhan

 *****    After discuss dengan Dr, jawapannya :

Abang :
  1. Batuk kahak normal = Dr bagi ubat cairkan kahak + antibiotik
  2. Kudis biasa, not serious = Dr bagi cream sapu sampai kering cream kat kudis
  3. Benjol tu adalah kelenjar disebabkan effect kudis Abang, kuman tu pergi ke kelenjar..tapi akan baik selepas kudis tu baik, not serious Dr cakap
  4. Jika mata selalu berkedip, maybe habit..tapi jika mata berkedip bila focus pada something contohnya tv or objek, maybe ada masalah rabun..because adik-beradik Ayah semua pakai spek..so, Dr cakap kena gi pada Dr yang specialist mata..
  5. Paru-paru ok, good
  6. Keseluruhan kesihatan ok, good
Adik :
  1. Oleh kerana Adik tidur tanpa mengeluarkan nafas yang berbunyi, Dr cakap tiada masalah..tapi next time Dr nak tengok Adik aktif n nak dengar macam mana Adik bernafas kuat tu..sebab sometimes Dr cakap, ada certain orang kalau tak aktif, tak bernafas kuat tapi kalau aktif baru bernafas kuat, maybe lelah atau maybe tak..tapi Dr cakap maybe Adik agak "berisi" n cepat penat..but if Adik still active,  it's ok..
  2. So far, tiada masalah pada paru-paru Adik..ok, good
  3. Keseluruhan kesihatan ok, good

**** Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT memberikan kesihatan kepada anak2 Ayah n Ibu ni..Semoga diberikan kesihatan seterusnya..Aminnn...


Dah abis jumpa Dr, ambil ubat..oh ye, ini bukan klinik panel ye..so kena bayar sendiri, tak kisah..janji hati puas dapat tahu tentang kesihatan anak2..Adik tak dapat ubat apa2..just check up..so tak banyak la RM92.00 sahaja..Keluar dari bilik Dr, Adik terjaga..emm,,lepak jap la kat tempat mainan klinik..sampai Abang tak nak balik n tolak Ibu sebab Ibu nak amik die bawak keluar..hehe..

Semua ketawa tengok Abang tak nak balik..hehe..Adik mamai lagi masa ni..kalau tak, lebih kurang Abang je..pasni kita mintak Ayah belikan sebijik macam tempat mainan klinik ni ye sayang2 Ayah Ibu..Oh ye..ade satu perkara yang agak kelakar..Abang nak bawak balik kerusi kanak2 yang ade kat dalam bilik Dr..sampai Ayah tanye kat Dr Yaw.."Dr beli kat mane kerusi ni..?"..Dr Yaw gelakkan je..rahsia kot..hehe..

 Abang sedang memerhati kanak2 yang lain..

 Adik mamai lagi mase ni..

 Mamai mamai pun, duduk sebelah awek cine lak tu..hehe

Ni muka tak puas ati..tak nak balik..hehe





Amy Azran








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Precious Moment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers