My Lovely Family

Love can touch us one time and last for a lifetime, and never let go till we’re gone

Friday, September 13, 2013

Selamat Tinggal Abang Waja...

Ok, ni entry yang latest..baru2 ni masa bulan puasa yang lepas Ayah & Ibu dah buat final keputusan untuk membeli "baby" baru, setelah membuat pengiraan plus minus tung tang tung tang itu ini..& finally, OK...Kita beli Ayah cakap..Memandangkan Abang Waja pun dah lama berkhidmat & kesihatan agak membimbangkan...

Sebelum ni memang dah usha dengan orang sekeliling & internet tentang mencari kereta yang sesuai..Oleh kerana kita nak keselesaan, makanya MPV lah pilihannya..So, Ayah & Ibu buat keputusan untuk memilih Uncle Nova...hehee.. INNOVA aa...sesuai dengan isi pendapatan serumah la..heee..nak beli Alphard kang, takleh nak enjoy lebih2 tiap bulan sebab duit kena spend bayar ansuran je..hehee...Kita kena ikut kemampuan & keperluan bukan KEHENDAK..
 T________T

Masa nak tinggalkan Abang Waja, terasa jugak sedih..Lebih2 lagi Ayah..Sebab ni kereta masa Ayah bujang lagi..Banyak jasanya..Time bercinta, dah kahwin, nak bersalinkan Abang & Adik..time emergency..semua dah dilalui dengan Abang Waja..Bukan tak nak biarkan je Abang Waja tapi tak tahu nak letak kat mana dah..Parking dah penuh..lagipun siapa nak bawak..Pakngah dah ada 2 kereta (termasuk kereta Arwah Tok Bah), Ibu dah ada kembara (tapi tak pandai bawak pun..hee...bila la nak belajar ni..)..Masuk ladang, Ayah dah ada hilux yang majikan sediakan..So nak tak nak kena let go jugak la Abang Waja..( -____ -)

 Pagi sebelum gerak ke Toyota..


Pandangan dari depan pulak..

 Ayah with Abang Waja...



Ni pandangan dari dalam showroom Toyota..Ayah cakap kena zoom lagi, sedih tengok...


Ok..Ibu zoom lagi..hee...Sedih kan tengok..

 Nape kaki Ibu gitu ek..hee..

Ni pun sama..heee....




Ok la..Terima kasih kepada Abang Waja sepanjang berkhidmat dengan kami..(ceh...macam la kereta tu faham..heee..) Tapi kan, sebelum nak parking kat tempat yang nak ditinggalkan, tetiba keluar lagu Awie.."ratapan naluri..memanggilkan namamu..kerana pertemuan itu..akan ku abadikan..segala memori..ku lewati waktu itu.."
Ayah cakap macam memahami je Abang Waja ni..hehee...

Jasamu dikenang Abang Waja.....




Amy Azran


 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Precious Moment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers